8 Cara Mengatasi Masalah Kembung Perut Bagi Wanita

15/07/2014

8 Cara Mengatasi Masalah Kembung Perut Bagi Wanita


Assalamualaikum..

Seperti yang diketahui terdapat beberapa perbezaan antara wanita dan lelaki daripada sudut kesihatan. Saluran pencernaan adalah salah satu daripadanya.  Wanita dikatakan lebih cenderung untuk berdepan dengan masalah perut kembung dan sembelit berbanding lelaki. Proses penghadaman yang tidak teratur  mengakibatkan lebih banyak gas daripada bias. Walaupun makan  sikit namun kehadiran gas tetap membuatkan perut rasa tidak selesa. Masalah ini bukanlah perkara yang asing kerana dianggarkan 75% penduduk dunia tanpa mengira umur, bangsa dan jantina berdepan engan masalah ini. 

8 Cara Mengatasi Masalah Kembung Perut Bagi Wanita

 

BAGAIMANA MASALAH PERUT KEMBUNG BERLAKU

Ketika proses pencernaan di dalam usus, makanan dipecahkan kepada komponen nutrien untuk diserap semula sebagai tenaga. Bahan yang tertinggal ini bergerak ke dalam usus besar dan dibuang sebagai najis. Sesetengah bahan sisa ini menghasilkan gas metana, oksigen dan nitrogen. Namun sekiranya gas dihasilkan secara berlebihan, ia akan menoloak usus ang menyebabkan perut kembung serta tidak selesa sama sekali.

 

PUNCA PERUT KEMBUNG

Perut kembung boleh dikategorikan dalam sindrom masalah pada bahagian usus. Kelahiran anak, proses penuaan, pil perancang, pengambilan serat yang terlalu banyak dan mendadak juga penyebab kepada perut kembung. Stress dan pengambilan antibiotik adalah situasi yang menjadi punca kepad msalah kembung perut ini. Ia boleh dikenalpasti apabila perut membengkak atau bertambah beberapa inci. Tetapi bagi sesetengah orang saiznya boleh berganda daripada biasa. 

1. Bentuk usus wanita

Usus wanita yang lebih panjang dikatakan antara penyebab utama kepada terjadinya perut kembung ini. Kepanjangan usus besar wanita dikatakan memiliki ukuran lebih panjang 10cm. bentuk saluran pencernaan ini umpama tali panjang yang begitu rumit sekali. ia mempunyai fungsi tersendiri kerana usus yang panjang ini bertujuan agar wanita dapat menyerap lebih banyak cairan ketika bersalin. Cairan amniotik (plasenta) perlu dipastikan agar selalu dalam keadaan penuh. Tambahan pula pengiraan dan keadaan darah akan meningkat semasa kehamilan. 

2. Bentuk Pinggul

Bentuk pinggul juga dikaitkan dengan masalah perut kembung. Saiznya yang lebih bulat akan diisi dengan usus besar semntara rahim, tiub falapio dan indung telur berada di atasnya. berbanding lelaki, bahagian itu hanya menempatkan prostat sahaja.

3. Hormon

Hormon turut diangkat sebagai faktor penting mengapa berlakunya perut kembung. 
  • Dinding perut wanita dikatakan agak lemah yang disebabkan oleh komposisi hormon yang dihasilkan. Posisi usus akan terganggu sekaligus menyebabkan  wanita sering kali mengalami perut kembung. Ia akan semakin parah apabila hamil. 

  • Kebanyakan wanita mengalami perut kembung sebelum  datang haid. Perkara ini berlaku kerana meningkatnya tahap progesteron. Otot perut menjadi tenang kerana indung telur menghasilkan lebih banyak progesteron selama diovulasi. Kondasi otot yang tidak aktif seperti biasa inilah yang menyebabkan perut kembung. Keadaannya akan menjadi semakin teruk apabila wanita meniti saat-saat monopous. 

  • Situasi hormon ini turut menjadikan usus hanya dapat menyalurkan sedikit makanan pada saluran pencernaan berbanding pada hari-hari biasa.

4. Minuman Berkarbonat Berlebihan

Minuman berkarbonat  yang diambil terlalu banyak  juga menjadi punca perut kembung. Gas karbon dioksida yang terperangkap alam perut akan memperlahankan pengosongan perut.

5. Kekurangan Protein

Ambil protein yang mempunyai Index Glisemik yang rendah yang membebaskan glukosa secara perlahan. Maka asid perut sentiasa mempunyai makanan untuk dicernakan dan ini boleh megelakkan masalah kembung perut.

6. Kekurangan Air

 Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Air membantu membuang garam berlebihan daripada badan melalui air kencing dan lemak yang berlebihan.

7. Makanan Berlemak dam Masin

Pengambilan terlalu banyak makanan berlemak dan masin juga mempengaruhi masalah perut kembung kerana lemak mengambil masa lebih lama untuk dicernakan dan memberi peluang banyak gas terkumpul dalam perut.

8. Tidak Toleran Laktosa

Tidak toleren laktosa akan menyebabkan perut kembung seperti sakit perut dan cirit birit. Kekurangan enzim laktase yang bertanggungjawab mencernakan gula laktosa dalam susu dan produk tenusu. Ketiadaan enzim laktase menyebabkanlaktosa yang tidak dicernakan dipindahkan terus ke dalam usus besar dan melalui proses penapaian akibat bakteria. Dalam prose inilah banyak gas terhasil.

 

CARA MENGATASI PERUT KEMBUNG

Melihat kepada kesemua faktor ini, masalah perut kembung perut wanita tidak boleh dianggap remeh. Hormon estrogen dan progresteron yang terdapat pada wanita akan dapat mempengaruhi saluran pencernaan. Jadi perut kemudiannya akan menjadi kembung. Walaupun tidak menyelesakan, masalah perut kembung ini boleh diatasi. 

1. Minum air putih dengan kuantiti banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

2. Elakkan pengambilan makanan yang masin.

3. Perbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Penambahan kuantiti boleh dilakukan secara sedikit demi sedikit.

4. Utamakan pengambilan makanan segar dan hindari makanan segera.

5. Lakukan senaman secara teratur, sebaik-baiknya 3 kali seminggu.

6. Bagi yang mempunyai masalah tidak toleran laktosa, teruskan mengambil susu.

7. Elakkan mengambil makanan terlalu panas, sejuk atau berlemak.

8. Elakkan makanan yang memberi rangsangan berlebihan pada usus seperti kopi, teh serta coklat. 

9. Ambil supplement yang boleh membantu melegakan perut seperti Peppermint Ginger Plus.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

 atau isi form di bawah:
Name:
Email Address:
Massage

Create a web form here
Reactions:

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *